B40 tapi hati T20 iman 💎 Healing sederhana, syukur luar biasa 🤍 Alhamdulillah atas nikmat yang tak ternilai. Assalamualaikum 🤍 Siapa sangka… seorang ibu B40 seperti Kak J, yang juga sumber utama ekonomi keluarga, mampu membawa anak-anak menikmati healing 3H2M di kawasan eksklusif seperti Straits Quay Marina Mall . Kak J masih ingat kata-kata seseorang kepada suami Kak J: “Ayoo… sini satu malam 1 ribu bang…” Kak J hanya tersenyum. Kerana orang nampak harga. Tetapi Kak J nampak perancangan, doa dan magnet rezeki dari Allah . B40 Tapi Tidak Bermentaliti Sempit Ya, Kak J B40. Ya, kewangan keluarga Kak J terbatas. Tetapi Kak J belajar satu perkara besar dalam hidup: Rezeki bukan sekadar pada angka gaji. Rezeki ada pada cara kita mengurus, cara kita berfikir dan cara kita yakin pada Allah. Healing ini bukan untuk menunjuk. Healing ini untuk membina memori dan visi masa depan anak-anak. Saat Anak-Anak Melihat Dunia Yang Lebih Besar Sepanjang 3 hari 2 malam di Strai...