Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2026

“Kereta Lama, Tapi Rezeki Baru Masuk” Salam Magnet Rezeki Part 141

  From B40 to Healing Mewah Gratitute Jouney      Assalamualaikum.      Salam Magnet Rezeki semua. Apa Khabar?      Madha na kulu al-yawm?      - Mādhā = apa     - na’kulu = kita makan     - al-yawm = hari ini          Soalan ini bukan sekadar tentang makanan,      tetapi tentang bagimana kita menjalani hidup hari ini.           Kak J mula rasa seronok bila menulis dari hati kak J     Apa yang kak J lalui,kak J terjemahkan perlahan-lahan di blog.      Part 141 ini adalah kesinambungan dari perkongsian kak J di Youtube shorts.      Silalah telusur ke youtube shorts kak J ye. Banyak cerita manfaat di situ      πŸ‘‰πŸΌ https://www.youtube.com/@awrakakj6281 1️⃣.    Mukadimah : Hidup Tak Berlumba           Masyarakathari ini gemar membanding dan ber...

✨ "Salam Magnet Rezeki | “Kereta Lama, Hidup Lapang | Magnet Rezeki Tanpa Hutang (Part 10)”

  Showing areas to search in image Pov Drive Old Car Without Debts Assalamualaikum.      Salam Magnet Rezeki semua. Sebagai manusia di bumi yang nyata,kita semua pasti ada angan-angan dan keinginan. Kak J pun begitu.      Baiklah, kalau  kawan-kawan tanya kak J, suka kereta apa?  jawapan Ikhlas kak J adalah  " Kereta Lama Bebas Hutang , malah kereta yang tak membebankan tuannya".  πŸš— Kisah Sebenar Kak J      Dengan gaji yang minimum, kak J sedar kemampuan diri. Memang kak J tak layak untuk dapatkan kereta idamanyang mahal. Dari situ kak J pilih kereta yang padan dengan dapatan kak J sendiri.  Kak J belajar satu perkara yang penting. 'Belanja di luar kemampuan hanya akan menekan jiwa melaluihutang yang melampau."  🌱 Kereta Lama , Hati Lebih Tenang     Bagi kak J, kereta lama hidup lebih tenang dan itulah Medan Magnet Rezeki kak  J alamai sendiri.  Mungkin orang lain nampak "tak berduit ...

Rahsia Redha : Bila Hati Belajar Berserah :Dari Luka menjadi Doa

       πŸ”΄  Salam Magnet Rezeki | Allah Lambatkan Bukan Menolak – Part 10           Assalamualaikum Warahmatullah.           Alhamduillah, kita bertemu dalam rencana baru.       Penat dan lelah sentiasa menemani hidup kita. Namun hidup tetap diteruskan jua, walaupun hati kadang-kadang hamper rebah. Di sinilah makna redha mula diuji.     " Rahsia Redha Yang Orang Tak Cerita " Pernah kawan-kawan hadapi. Ungkapan "Redha" memang sentiasa didengari. Hakikatnya Redha adalah satu perkara yang kita kena terima dengan penuh ikhlas dan korbankan perasaan kita demi masa mendatang untuk terus Berjaya.      Baiklah, kak J sendiri tak terlepas dari tajuk "Rahsia Redha Yang Orang Tak Cerita" .     Pernah tak kawan-kawan hadapi fasa iaitu baru sahaja bersalin dan selang dua tiga bulan, kawan-kawan  pregnant pula? Ada yang menangis, ada yang tak boleh terima hakikat,...

Rahsia Redha Yang Orang Tak Cerita - Part 3

Kunci Redha - Ubat Kesihatan Kendiri Redha - Berdemai Dengan Takdir Allah  Assalamualaikum Warahmatullah..      Masya Allah Tabarakallah, Alahamdulillah, kita masih diberi nikmat nafas untuk terus kita harungi jalan hidup kita semua.     Kawan-kawan semua,  Kak J, yakin, kawan-kawan semua mampu jalani aktiviti kehidupan yang penuh dengan pasca pancaroba yang memang terpaksa kita hadapi. Namun yakinilah kawan-kawan, kita masih mampu tangani dengan cara kita.      Baiklah, kak J nak bicara tentang Rahsia Reda Yang Orang Ramai Rak Cerita. Cuba kawan-kawan renung dengan pebuh ketenangan, sebanrnya banyak liku hidup yang kita hadapi tapi kita maish mampu selesaikannya satu demi satu, dan kita Berjaya tanganinya. Malah kita semakin Berjaya dari masa kita yang dahulunya.      Kak J, kongsi cerita kak J dalam 7-8 tahun lepas. Kala itu kita semua dihimpit tekanan during MCO (Movement Control Order), Waktu tu kita semua tak boleh ke...

Duit Tak Bertambah - Tapi Hidup B40 Tetap Tenang? Part 2

  Rezeki Allah Ada Formulasinya  πŸ˜ƒ https://youtube.com/shorts/yziSP_wd3cQ?si=6QhGhiBsll5_ofl_ Assalamualaikum wrt.            Masya Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah, dengan Rahmat Nafas dari ALLAH SWT, kita masih mampu menikmati segala-gala corak kehidupan kita masing-masing.            Baiklah, hari ni kak J nak kongsi Artikel yang bertajuk  " Duit Tak Bertambah Tapi Hidup B40 Masih Tenang ? Masya Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah, macam mana tu kawan-kawan?           Kak  J kongsi apa yang kak J pernah alami situasi macam ni, dan kak J yakin kawan-kawan kak J juga penah rasa macam ni cuma masih belum kenal pasti apa yang berlaku sebenarnya dalam hidup kita,            Situasinya, kak J kongsi perasaan kak J, kak J pernah hadapi kemelut duit gaji dah betul-betul kering, nak tunggu gaji masih jauh harinya. tapi kak J ambil langkah...

Salam Tahun Baru Dan Salam Magnet Rezeki - Part 1

    Salam Tahun Baru 2026 Salam Magnet Rezeki Assalamualaikum,  Bagi kak J, masih belum terlambat untuk kak J ucapkan Selamat Tahun Baru 2026, dan kita simpan semua cerita duka, luka, sedih, harapan, gembira, nikmat penuh kesyukuran untuk memori 2025 yang begitu mendalam di dalam sanubari kita.  Kedatangan tahun 2026 di sambut meriah dengan penuh warna warni, Pancaran bunga api yang gemerlapan menerangi langit-langit di KLCC, TRX, Bukit Bintang dan sebagainya.  Apappun, kak J begitu teruja dengan kedatangan tahun 2026, cerita lama2025 kita tutupi dengan doa taubatan nasuha, hendaknya. Baiklah, kak J, kawan-kawan, kak J bukan lah seorang motivator, juga bukan seorang ustazah, pun bukan pensyarah disegani, kak J hanya insan biasa yang punyai cita-cita dan harapan, kak J yakin apa yang kak J rasai ini juga, ada seperti mana kawan-kawan yang sedang membaca di lapangan blog kak J ni. jadi kak J ucapakan selamat datang bagi kawan-kawan yang baru dan selamat dengan se...

Kenapa Orang Baik Diuji Dulu?

  Ujian? Kenapa aku? Pernahkah kita terfikir, mengapa orang yang menjaga solat, berakhlak baik, tidak menyusahkan orang lain — tetapi dialah yang lebih dahulu diuji? Sakit, kehilangan, tekanan hidup, masalah kewangan, pergolakan emosi — sedangkan orang lain yang jelas melakukan kesalahan, hidupnya kelihatan tenang. Persoalan ini sering bermain di hati. Namun jawapannya tidak terletak pada logik semata-mata, tetapi pada iman dan kefahaman tentang cara Allah mendidik hamba-Nya . 🌱 Ujian Bukan Tanda Allah Benci Dalam Islam, ujian bukan tanda Allah murka , sebaliknya sering menjadi bukti kasih sayang Allah . Apabila Allah menguji seseorang yang baik, itu bermakna: Allah ingin mendekatkannya Allah sedang berbicara dengan hatinya Allah tidak mahu hamba-Nya jauh dan lalai Ujian adalah bahasa kasih sayang Allah kepada hamba yang Dia pilih. 🌱 Orang Baik Diuji Kerana Allah Mahu Menaikkan Darjat Darjat di sisi Allah tidak naik dengan kesenanga...