Kunci Redha - Ubat Kesihatan Kendiri
Assalamualaikum Warahmatullah..
Masya Allah Tabarakallah, Alahamdulillah, kita masih diberi nikmat nafas untuk terus kita harungi jalan hidup kita semua.
Kawan-kawan semua,
Kak J, yakin, kawan-kawan semua mampu jalani aktiviti kehidupan yang penuh dengan pasca pancaroba yang memang terpaksa kita hadapi. Namun yakinilah kawan-kawan, kita masih mampu tangani dengan cara kita.
Baiklah, kak J nak bicara tentang Rahsia Reda Yang Orang Ramai Rak Cerita. Cuba kawan-kawan renung dengan pebuh ketenangan, sebanrnya banyak liku hidup yang kita hadapi tapi kita maish mampu selesaikannya satu demi satu, dan kita Berjaya tanganinya. Malah kita semakin Berjaya dari masa kita yang dahulunya.
Kak J, kongsi cerita kak J dalam 7-8 tahun lepas. Kala itu kita semua dihimpit tekanan during MCO (Movement Control Order), Waktu tu kita semua tak boleh ke mana-mana langsung, ada yang nak pulang ke kampung sebab ahli keluarga meninggal, tapi dihalangi sebab tempoh MCO, bukan kejam tapi semua itu kena control pergerakan kita.
Masya Allah, kak J sendiri pun tak terlepas, ayah kak J baru sahaja meninggal tahun 2018, 2019 MCO dilaksanakan di Malaysia. Sukarnya waktu, kisah kak J waktu tu, asalnya, suami kak J tinggal berasingan, namun bila tempoh MCO diumumkan, suami kak J balik dan tinggal dengan kak J sekali.
Diringkaskan cerita, suami kak J terpaksa tinggalkan perniagaanya (berniaga pasar malam) sehinggalah sekarang, suami kak J tiada sumber pencarian, lepas tu kami sama-sama cuba pula buat bisnes baru di kampung kak J dekat dengan rumah. Tapi sebab MCO balik jadi semuanya jadi 0. Habis modal tak payahlah kak J ceitakan disini, duit suami duit kak J, semuanya nilai RM k juga. tapi tak apalah.
Disinilah kak J nak tekankan bahawa Rahsia Redha Yang Kita Tak diCeritakan. Konsep Redha yang kak J nak sampaikan. Sebenarnya, Redha itu adalah satu Hadiah langsung dari Allah kepada hambaNYA.
kawan-kawan, sebenarnya dalaman badan kita terlalu uzur, jadi Allah bekalkan Ujian untuk kita dan ubatnya adalah Redha. Jadi, Janganlah kita rasa beban dengan apa yang kita hadapi, bagi kak J apa yang kita rasai baik suka, luka, sedih, takut masa depan kita, takut penyakit kita mendatang, takut kehidupan anak-anak kita, apa yang akan terjadi. Semua tu Rahsia ALLAH, jadi kita sendiri SERAHKAN Kembali kepada Allah SWT untuk DIA yang akan uruskan segala kekhuatiran kita.
Simple sangat, macam kak J dan suami rugi RM k (puluh jugak) tapi kami SERAHKAN Kembali rugi itu kepada ALLAH, bukan duit kak J dan suami tapi Hak ALLAH, so bila DIA ambil, maknanya semua itu Hak DIA. Bagi kak J dan suami tak rugi apa-apa pun sebab Allah ambil hak DIA bukan hak suami dan kak J, so hati makin tenang dan Allah gantikan dengan rezeki yang tak sangka. Macam-macam Allah bagi pada kak J, suami, dan keluarga kak J, alhamdulillah, nanti kak J share di episode yang mendatang.
Itulah kunci Redha, malah kak J yakin kawan-kawan pun sama, macam tu jugak yang hilang segala-galanya, Hatta nyawa yang kita guna ini jugak Hak ALLAH SWT, DIA akan ambil tiba masanya nanti.
Kawan-kawan, hakikatnya, macam kak J share dalam live youtube kak J cerita kak J perkahwinan. kak J redha, kak J kahwin umur 30an dan dapat anak, mungkin kawan-kwan kahwin pada umur yang muda dari kak J, tapi alhamdulillah, sebab Redha, perkahwinan kami kekal sampai sekarang walaupun onak duri tetap melanda, dan ada nak-anak muda sapa pada kak J : " Depa ni Dating deret" itu lohgat utara Baling maksudnya "kak J dan suami sentiasa berdating Bersama" mana pergi mesti berdua, bukan maksudnya kami menunjuk kebahagiaan, tapi kaluar suami kak J nak keluar ke kedai, kak J rasa naluri kak J nak ikut serta dengan suami. Ianya bukan dibuat tapi rasa tak sempurna bila tak Bersama. Masya ALLAH, seronoknya kahwin ni kawan-kawan. Alhamdulillah.
Oklah sebagai penutupnya, kak J mendoakan semua kawan-kawan dilimpahi Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH dalam apa jua keadaan kita lakukan. Ingat kunci sejahtera adalah redha apa yang kita hadapi dan banyakkanlah berdoa dengan apa yang kitakhuatirkan. insya Allah kita di landasan yang dilindungi.
Sekiranya manfaat, silah kawan-kawan telusur di link-link rasmi kak J untuk panduan bekalan dan kongsikanlah dengan kawan-kawan kita yang ditimpa ujian yang berat. Mudah-mudahan perkongsian kak J ni membantu kawan-kawan yang kecewa dalam hidup, BANGKIT ya,Dengan KEMAMPUAN kita, selanjutnya serah semuanya pada ALLAH, Insya ALLAH Berjaya. kak J sendiri Berjaya sebab ALLAH yang bantu dalam semua keadaan.
๐ฒ Jemput singgah ke platform Kak J ya !
๐๐ผ https://www.youtube.com/@awrakakj6281
๐๐ผ https://www.buymeacoffee.com/kakj
๐๐ผ http://bebaskan-kewangan-anda.blogspot.com
๐๐ผ https://www.reddit.com/user/awra_kakJ6281/
๐๐ผ https://www.tiktok.com/@najihahmansor?_t=ZS-8xW0U6WzxgN&_r=1
๐๐ผ http://shopee.com.my/jcshah - reference kak J - XFM5JE9
๐๐ผ https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb - reference kak J - qStEPV
#redha
#awrakakJ
#OrangBaik
#Sabar
#MajlisIlmuKecil
#TarbiahHati
#DakwahDigital
#IslamItuIndah
#KenapaDiuji
#UjianHidup
#fyp
Semoga perkongsian ini menjadi asbab kekuatan untuk kita semua. Silalah Share, Subcribes, Follow, agar lebih ramai mendapat manfaatnya.
https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb Rezeki Bukan Hanya Duit Rezeki bukan sekadar wang — ia termasuk ketenangan, kesihatan, masa, kasih sayang, dan ilham yang bermanfaat. Ramai mencari rezeki melalui jalan yang susah, tetapi lupa bahawa rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia . Artikel ini mengajak pembaca kembali kepada sumber utama rezeki — iaitu hubungan dengan Allah melalui doa yang benar. 1. Doa Itu Magnet Rezeki Dalil: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah): Sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku...” (Surah Al-Baqarah: 186) Bila hati yakin, lidah tulus, dan amalan diselarikan dengan iman, doa itu bukan hanya permintaan — ia magnet rezeki yang membuka pintu-pintu langit . Rezeki datang dari arah yang tak disangka (rujuk Surah At-Talaq: 2-3). ๐ 2. Urus Doa Seperti Kita Urus Bisnes Ramai orang berdoa ...
Ulasan
Catat Ulasan