Rezeki Allah Ada Formulasinya π
https://youtube.com/shorts/yziSP_wd3cQ?si=6QhGhiBsll5_ofl_
Assalamualaikum wrt.
Masya Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah, dengan Rahmat Nafas dari ALLAH SWT, kita masih mampu menikmati segala-gala corak kehidupan kita masing-masing.
Baiklah, hari ni kak J nak kongsi Artikel yang bertajuk "Duit Tak Bertambah Tapi Hidup B40 Masih Tenang? Masya Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah, macam mana tu kawan-kawan?
Kak J kongsi apa yang kak J pernah alami situasi macam ni, dan kak J yakin kawan-kawan kak J juga penah rasa macam ni cuma masih belum kenal pasti apa yang berlaku sebenarnya dalam hidup kita,
Situasinya, kak J kongsi perasaan kak J, kak J pernah hadapi kemelut duit gaji dah betul-betul kering, nak tunggu gaji masih jauh harinya. tapi kak J ambil langkah dengan tenangkan diri, tarik nafas sedalam-dalamnya, Bila hati dan akal kita tenang, JENG JENG JENG, masa tulah magnet rezeki mula kumpul dan membiak dalam badan kita,
Maksudnya, segala urat saraf kita mula bersabar dengan penuh harapan, Namun kawan-kawan perlu ingat sekadar kesabaran tidak membantu dalam urusan ketenangan, Tambahlah dengan Nikmat SYUKUR,
Jadi Formulanya adalah =
Sabar + Syukur
( Tarik Nafas Dalam-dalam + Tenang dan Segar )
= Kejayaan Pertama
Hakikatnya, kebanyakan kita akan Gagal dalam menangani sesuatu masalah pada fasa awal waktu, Apabila kita gagal dalam fasa awal, maka fasa seterusnya kita mungkin tidak mampu atasi lagi, Dan keadaan ni akan menyebabkan kita terus dijajah dengan kegagalan hidup.
Kak J sendiri pernah berada di fasa yang runcing, namun dengan kak J ubah konsep, keadaan lebih tenang, Contohnya tadi, poket kak J dah kontang, tapi dengan formula di atas, kak J mampu tangani, Misalnya, keluarga kak J masih mampu lakukan aktiviti seperti biasa, Misalnanya keluarga kak J masih mampu keluar makan di kedai untuk 2 kali meal seharian,
Kak J juga masih mampubuat simpanan kecil-kecilan dengan potongan transfer online walaupun RM10 sebulan untuk suami, dan anak-anak kak J, Malah yang bestnya kak J masih mampu healing dan bercuti di tempat Urban Heritage dan inap di Luxury Suite Resident. Alhamdulillah. kak J memang tak sangka langsung pun dan itulah maksudnya tajuk yang kak J bicarakan di atas,
Masya Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah, bayangkan kawan-kawan, ada yang menyapa suami kak J " Ayoo, abang inap sini ke? Sini satu malam satu ribu tau?
Tengok duit tak tambah sebab kak J tak ada apa-apa bisnes lain selain makan gaji sahaja. Walaupun satu mata pencarian tapi Maha Kaya Allah hati tetanp tenang malah keluarga kak J masih boleh rasai vibes Urban Heritage.
Dasyat sangat formula yang kak J kongsikan, Insya Allah untuk part seterusnya kak j kongsi lagi ilmu-ilmu bagaimana calculator Allah cukup untuk kehidupan kita, Insya Allah.
So penutupnya, Rakankan doa dan mari kita Aamiinkan ramai-ramai ya :
"Ya Allah, kami pohon Keberkatan dalam semua urusan pekerjaan kami dibwah payungan Rahmat MU'. Takbirlah kami semua dalam urusan Pentadbiran MU, seseungguhnya kami semua tidak akan rugi kerana Kamulah Sebaik-baik Raja Sekian Alam. Aamiin, aamiin, aamiin Ya Robbal Aalamiin. "
Kak J dengan penuh harapan agar blog dan youtube kak J adalah medium edukatif bagi kawan-kawan yang dilanda ujian yang berat, Marilah kita sama-sama sebarkan kebaikan, mudah-mudahkan kita telah menyelamat satu nyawa untuk ikhtiar hidup yang mendatang, sayangi diri ya kawan-kawan. kawa-kawan boleh like, share, comment juga subscribe @ follow kak J ya, anda adalah insan yang hebat. Insya Allah kejayaan kita untuk tahun 2026.
π² Jemput singgah ke platform Kak J!
ππΌ https://www.youtube.com/@awrakakj6281
ππΌ https://www.buymeacoffee.com/kakj
ππΌ http://bebaskan-kewangan-anda.blogspot.com
ππΌ https://www.reddit.com/user/awra_kakJ6281/
ππΌ https://www.tiktok.com/@najihahmansor?_t=ZS-8xW0U6WzxgN&_r=1
ππΌ http://shopee.com.my/jcshah - reference kak J - XFM5JE9
ππΌ https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb - reference kak J - qStEPV
Ulasan
Catat Ulasan