From B40 to Healing Mewah
Gratitute Jouney
Assalamualaikum.
Salam Magnet Rezeki semua. Apa Khabar?
Madha na kulu al-yawm?
- Mฤdhฤ = apa
- na’kulu = kita makan
- al-yawm = hari ini
Soalan ini bukan sekadar tentang makanan,
tetapi tentang bagimana kita menjalani hidup hari ini.
Kak J mula rasa seronok bila menulis dari hati kak J
Apa yang kak J lalui,kak J terjemahkan perlahan-lahan di blog.
Part 141 ini adalah kesinambungan dari perkongsian kak J di Youtube shorts.
Silalah telusur ke youtube shorts kak J ye. Banyak cerita manfaat di situ
๐๐ผ https://www.youtube.com/@awrakakj6281
1️⃣. Mukadimah : Hidup Tak Berlumba
Masyarakathari ini gemar membanding dan berlumba.
Siapa lebih cepat, siapa lebih cantik, siapa lebih nampak berjaya.
Bagi kak J, hidup ini bukanperlumbaan.
Kita tak perlu meniru gaya orang lain untuk bahagia.
Cukuplah kita bina identity sendiri, ikut kemampuan sendiri.
Ramai menganggap, kereta lama simbol "ketinggalan" dan susah.
Tetapi bagi kak j sendiri, kereta lama ini adalah lambang survival dan keberanian.
Dengan gaji yang minimum, kak J masih mampu bergerak ke sana ke sini tanpa perlu bergantung sepenuhnya perkhidmatan awam.
Hakikatnya, ketenangan tak datang dari model kereta tetapi,
daripada bagaiana kita mnegurus perbelanjaan dan bebanan hutang.
๐๐ผ Rezeki bukan pada apa yang kita pandu,
tetapi bagaimana kita yang memandu hidup kita.
2️⃣. Kereta Lama ≠ Susah | Kereta Baru ≠ Bahagia
Kak J menggunakan kereta lama yang usianya hampir 20 tahun.
Komitmen utamanya hanyalah roadtax dan insurans tahunan.
Kak J jaga kereta ini sebagai amanah.
Diservis bila perlu, dibersihkan supaya sentiasa kemas.
Inilah juga konsep Magnet Rezeki:
✨ Kita jaga amanah, Allah jaga kita seluruhnya.
Tak semua orang perlu kereta baru.
Yang penting:
selamat
cukup keperluan
tidak membebankan
Aircond berfungsi, lampu dan signal elok,
penggunaan petrol yang munasabah — itu sudah memadai.
Kadang-kadang,
yang lama itulah yang menyelamatkan kita
daripada bebanan hutang yang baru.
Hutang itu perlu, ya.
Tetapi biarlah hutang kerana keperluan,
bukan kerana emosi dan pandangan sosial.
3️⃣. Rezeki Masuk Bila Hutang Tak Mengejar
Masya-Allah… inilah teras Magnet Rezeki yang kak J lalui sendiri.
Apabila ansuran besar tiada,
duit tidak bocor ke sana sini.
Perbelanjaan lebih terkawal,
hati pun lebih tenang.
Kak J juga berhutang,
tetapi mengikut kemampuan yang terbatas.
Contohnya, kak J gunakan splatter
untuk menukar 4 tayar kereta lama
dengan ansuran 6 bulan — mampu & terancang.
Setiap keputusan pula kak J bincang bersama suami.
Bila keputusan dibuat secara musyawarah,
hati jadi lapang, langkah jadi yakin.
Alhamdulillah… berjaya.
4️⃣. Rezeki Datang Dalam Banyak Bentuk
i️⃣ Kesihatan
Keluarga kak J lebih tenang, lebih gembira.
Bebas daripada tekanan hutang dan perbandingan sosial.
Walaupun diuji dengan kesihatan,
ujian itu masih dalam kemampuan untuk dijaga.
Anak-anak sihat di depan mata — itu rezeki yang sangat besar.
Kak J kongsikan kisah ini secara jujur di YouTube Live:
๐๐ผ https://www.youtube.com/live/XRIM0iDlFkA
Highlight ringkas:
๐๐ผ https://youtube.com/shorts/UI9Q8O2coLk
ii️⃣ Masa
Kak J dan keluarga sentiasa bersama.
Keputusan dibuat secara musyawarah suami isteri.
Anak-anak membesar dalam suasana tenang.
Healing bersama keluarga tidak boleh diganti
dengan emas atau berlian.
๐น Kenangan kecil kak J:
๐๐ผ https://youtube.com/shorts/WknNM93ONJ8
iii️⃣ Peluang
Waktu anak-anak kecil tidak akan berulang.
Mereka perlukan kasih sayang, nasihat dan kehadiran ibu bapa.
Bila kita dekat dengan mereka waktu kecil,
Insya-Allah mereka tidak akan menjauh bila kita tua nanti.
Ini hukum alam yang Allah tetapkan.
Kenangan kak J:
๐๐ผ https://youtube.com/shorts/Pz5NZY9KbVE
Kak J tidak menulis untuk menghakimi sesiapa.
Kak J menulis untuk memujuk hati-hati yang lelah.
Kereta lama ini mungkin tidak menarik mata manusia,
tetapi ia menjaga dompet dan jiwa kak J.
Dan anehnya…
bila kak J berhenti mengejar,
rezeki pula datang mengetuk.
Doa kak J untuk semua :-
"Ya Allah, sesungguhnya, liku hidup kami ini terllau berat.
Oleh itu kami serahkan segala liku-liku (nyatakan segala kesukaran hidup),
sakit kami (nyatakan apa yang kawan2 sakit),
kesempitan kewangan kami,
isteri atau suami yang masalah (nyatakan dari hati kawan-kawn),
anak-anak kami yang kami sendiri kelihatan ada bebanan
dan gantikanlah kejayaan dalam bidang mereka ceburi,
dan apa jua bilangan yang Kamu Ketahui dalam pentadbiran MU,
kami yakin tidak akan rugi sekiranya Kamu Jagai".
Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Robbal Alamiin.
๐ธ Penutup
Gunakan apa yang kita mampu,
bukan untuk pandangan sosial.
Yang lama tidak semestinya miskin,
kadang-kadang ia lambang
bebas dari hutang dan tekanan.
๐ฒ Jika ingin ikuti perkongsian santai tentang kewangan, hidup sederhana dan dakwah digital..
๐ฒ Jemput singgah ke platform Kak J ya !
Moga ada manfaat kecil untuk kita semua
๐๐ผ https://www.youtube.com/@awrakakj6281
๐๐ผ https://www.buymeacoffee.com/kakj
๐๐ผ http://bebaskan-kewangan-anda.blogspot.com
๐๐ผ https://www.reddit.com/user/awra_kakJ6281/
๐๐ผ https://www.tiktok.com/@najihahmansor?_t=ZS-8xW0U6WzxgN&_r=1
๐๐ผ https://collshp.com/jcshah?share_channel_code=1&view=storefront
๐๐ผ http://shopee.com.my/jcshah - reference kak J - XFM5JE9
๐๐ผ https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb - reference kak J - qStEPV
#redha
#awrakakJ
#OrangBaik
#Sabar
#MajlisIlmuKecil
#TarbiahHati
#DakwahDigital
#IslamItuIndah
#KenapaDiuji
#UjianHidup
#fyp
#keretalama
#bebashutang
Semoga perkongsian ini menjadi asbab kekuatan untuk kita semua. Silalah Share, Subcribes, Follow, Komen agar lebih ramai mendapat manfaatnya.
“Waktu ni, kak J senyum sendiri dalam kereta lama kak J.”
Lanjutnya pula untuk tajuk :-
“Raya Cantik Tak Semestinya Berhutang…”
— Salam Magnet Rezeki | Part 142
Ulasan
Catat Ulasan