Langkau ke kandungan utama

Rahsia Redha Yang Orang Tak Cerita : Bila Hati Belajar Berserah :Dari Luka menjadi Doa

     TAKDIR KITA BAIK Ummul Mukminin Aisyah ...


    

    Assalamualaikum Warahmatullah. 
    
    Alhamduillah, kita bertemu dalam rencana baru.
 
    Penat dan lelah sentiasa menemani hidup kita. Namun hidup tetap diteruskan jua, walaupun hati kadang-kadang hamper rebah. Di sinilah makna redha mula diuji.

    " Rahsia Redha Yang Orang Tak Cerita "
Pernah kawan-kawan hadapi. Ungkapan "Redha" memang sentiasa didengari. Hakikatnya Redha adalah satu perkara yang kita kena terima dengan penuh ikhlas dan korbankan perasaan kita demi masa mendatang untuk terus Berjaya. 

    Baiklah, kak J sendiri tak terlepas dari tajuk "Rahsia Redha Yang Orang Tak Cerita" .

    Pernah tak kawan-kawan hadapi fasa iaitu baru sahaja bersalin dan selang dua tiga bulan, kawan-kawan  pregnant pula? Ada yang menangis, ada yang tak boleh terima hakikat, semua ni bagaikan dunia kita semakin kelam, sebabnya kita belum bersedia dalam hadapi situasi baru.

    Apapun kandungan tetap ditruskan hingga fasa matang iaitu kelahiran bayi baru. Baiklah, ini semua dalah rahsia reda yang kita hadapi masing-masing. Kak J sendiri tak terlepas dari segala ujian, malah kita semua adalah para penerima ujian yang tak pernah ada kesudahannya. Namun apa yang penting cara kita hadapi dan tangani dengan penuh hikmah, dan inilah rahsia redha sebenarnya. 

    Redha bukan bermaksud kita diam tanpa rasa, Redha adalah kita rasa sakit, tapi tetap memilih ALLAH.   

    Kak J kongsi satu cerita yang kisahnya adalah kisah kak J sendiri. Kak J sendiri kahwin pada usia 30-an. Masa ni, masyarakat kamnpung akan panggil andartu : iaitu anak dara tua, paling terkesan iaitu " hang ni tak laku lah, beza dengan anak-anak dara kami, seusia hang dah ada anak besar dah" kata-kata macam ni memang selalu kak J dengar bukan dari orang luar tapi masyarakat kampung yang memang dekat sangat dengan mak ayah kak J sendiri. 
    
    Dalam Solat Magrib bersama arwah ayah kak J, Kak J tak pandai berkata-kata namun hati kak J begitu hujan. Inilah Bahasa antar kak J dan ALLAH SWT. Hanya Allah SAHAJA kak J bertaut sepenuhnya. Alhamdulillah selang dalam beberapa minggu pra perkahwinan kak J bermula, sedangkan kak J langsung tak kenal dengan suami kak J tu. Itulah Rahsia Redha, walaupun kita redha, kita atasi dengan kemampuan kita iaitu luahkan dalam bentuk doa, apa yang kita nak, apa yang kawan-kawan mahukan. Maka jawapan ALLAH, ALLAH akan kabulkan doa kita dalam urusanNYA yang Maha Agong.  
    
    Allah Maha Mendengar, keluhlah segala-galanya dalam hati, Allah pasti sampai. Rahsia Redha inilah yang kak J gunakan dalam "Magnet Rezeki kak J sendiri, Rupanya dengan redha kita akan berdoa dengan setulus hati yang murni, sebab kak J kenal diri kak J yang maha Lemah, dan Allah Yang Maha Agong. Masya Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah. 

    Hakikatnya ALLAH Yang Maha Besar amat rindukan hamba-hambaNYA supaya sentisa merintih, merayu pada ALLAH. Amat rugi kalua kita tak luahkan apa yang kita nak pada Raja Sekalian Alam. Igatlah "Allah mengikut sangkaan hambaNYA'. Apa yang kita sangkakan pasti kita akan dapat akhirnya. so inilah Rahsia Redha yang mungkin kita jarang hayati. 

    Bagi kak J sendiri, Alhamdulillah perkahwinan kak J pada usia yang tepat dari ALLAH SWT, sebab usia mendesawakan, malah mematang kak J terima seadanya. Malah, kak J sendiri menghargai perkahwinan yang kak J rasakan Suami adalah hadiah Terus dari ALLAH SWT kepada kak J sendiri. So kak J bersyukur dan kak J menghargainya. 

    Kawan-kawan, Tawakkal, Doa, Usaha yang termampu oleh kita, Tawakkal semula, dan Syukur  adalah rahsia redha yang hakiki. Kak J tak janjikan hidup terus senang lenang, tapi kak J percaya - redha yang jujur melahirkan doa yang ikhlas dan doa itu;ah "magnet Rezeki' yang paling kukuh. 
    
    Fasa pertama "Magnet Rezeki" yang kemudian masanya dalam pentadbiran Allah, kita semua akan merasai indahnya hidup sebab kesihatan yang baik, keluarga yang Bahagia, anak-anak yang Berjaya, dan semua ini dirangkum dalam freedome money, bukan bermakna kita adalah kaya jutawan, tapi duit yang banyak malah mencukupi dalam semua urusan kehidupan kita, Insya Allah. 

    Semoga perkongsian kecil ini menjadi asbab kekuatan, walaupun hanya satu hati disentuh, itu sudah cukup besar nilainya di sisi Alah. Kak J yakin, kawan-kawan  mempunyai rahsia redha yang boleh kawan-kawan share di ruangan catatan dan komen. 

    Doa kak J untuk semua :

    "Ya Allah, kami redha apa yang tertulis di Luth Mahfuz Mu, dan kami yakin dengan asbab pentadbiran MU. Peliharalah, lindungilah kami semua dari fitnah panahan mata yang tajam, hati yang dengki dan segala fitnah yang mara bahaya. Permudahkan, berikanlah kejayaan dalam semua urusan kami jalani dalam Rahmat Keberkatan MU"

Aamiin, aamiiin, aamiin, Ya Robbal Aalamiin. 

    JIka kawan-kawan ingin terus Bersama kak J dalam perkongsian kecil yang sederhanaini, kak J jemput singgah di platform berikut. Semoga bermanfaar ya, InsyaAllah. 

๐Ÿ“ฒ Jemput singgah ke platform Kak J ya !
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://www.youtube.com/@awrakakj6281
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://www.buymeacoffee.com/kakj 
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ http://bebaskan-kewangan-anda.blogspot.com
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://www.reddit.com/user/awra_kakJ6281/ 
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://www.tiktok.com/@najihahmansor?_t=ZS-8xW0U6WzxgN&_r=1
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://collshp.com/jcshah?share_channel_code=1&view=storefront
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ http://shopee.com.my/jcshah - reference kak J -  XFM5JE9
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb  - reference kak J -  qStEPV


#redha
#awrakakJ
#OrangBaik
#Sabar
#MajlisIlmuKecil
#TarbiahHati
#DakwahDigital
#IslamItuIndah
#KenapaDiuji
#UjianHidup
#fyp

    Semoga perkongsian ini menjadi asbab kekuatan untuk kita semua. Silalah Share, Subcribes, Follow, Komen agar lebih ramai mendapat manfaatnya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“Magnet Rezeki: Doa & Pertalian Langsung Dengan Allah SWT”

https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb   Rezeki Bukan Hanya Duit Rezeki bukan sekadar wang — ia termasuk ketenangan, kesihatan, masa, kasih sayang, dan ilham yang bermanfaat. Ramai mencari rezeki melalui jalan yang susah, tetapi lupa bahawa rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia . Artikel ini mengajak pembaca kembali kepada sumber utama rezeki — iaitu hubungan dengan Allah melalui doa yang benar. 1. Doa Itu Magnet Rezeki Dalil: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah): Sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku...” (Surah Al-Baqarah: 186) Bila hati yakin, lidah tulus, dan amalan diselarikan dengan iman, doa itu bukan hanya permintaan — ia magnet rezeki yang membuka pintu-pintu langit . Rezeki datang dari arah yang tak disangka (rujuk Surah At-Talaq: 2-3). ๐Ÿ’– 2. Urus Doa Seperti Kita Urus Bisnes Ramai orang berdoa ...

The Magnet of Sustenance: Financial Wisdom & Family Blessings

Evelasting For Allah Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Masya Allah, Tabarakallah, praise be to Allah who has granted us life, health, and the space to continue striving on this Earth. I'm Kak J, and today I’m reaching out — especially to the B40 community and all families — with a heartfelt message about sustenance (rezeki), financial discipline, and the secret to lasting blessings in our lives. ๐ŸŒŸ Sustenance Begins with Self-Awareness We often think of “rezeki” as money alone, but in truth, it also includes health, peace of mind, time, love, and family harmony. But yes — one key entry point to a life full of rezeki is financial responsibility . ✅ Step 1: Know your financial standing. ➡️ List out all your debts. Prioritize repaying them. The Prophet ๏ทบ said that those who settle debts will have their sustenance opened by Allah. ✅ Step 2: Pay your essentials: Electricity (TNB) Water bills Telco/internet Subscriptions (e.g. Astro) Once all core expenses ar...
  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman! Saya amat teruja untuk mengucapkan selamat datang ke blog Magnet Rezeki , tempat di mana kita akan bersama-sama mengeksplorasi cara-cara untuk mencapai kebebasan kewangan yang sebenar. Adakah anda sering merasakan bahawa kehidupan kewangan anda tidak seperti yang diinginkan? Mungkin anda pernah berdepan dengan cabaran kewangan yang membuatkan hidup terasa terbeban. Di sini, di Magnet Rezeki , kami percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mencipta rezeki yang tidak terbatas dan membebaskan diri dari belenggu kewangan. Apa itu Magnet Rezeki?   "Magnet Rezeki" bukan sekadar nama; ia adalah simbol kepada kuasa yang kita miliki untuk menarik rezeki dan peluang yang terbaik dalam hidup. Dengan pendekatan yang praktikal dan berfokuskan kepada mindset serta strategi kewangan yang betul, kita akan belajar bersama bagaimana untuk meningkatkan kewangan peribadi dan meraih kejayaan yang lebih be...