Mukadimah
Masya Allah untuk pembukaan tahun 2026, kita ditemani bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Kareem. Tentunya sinonim bulan ni adalah solat Taraweh berjemaah, Masya Allah, seronoknya.
Baiklah, kawan-kawan, tahun-tahun kebelangan ni kita amatlah diuji dengan status kewangan yang terpaksa kita belanja. Awal tahun bulan Januari, Anak masuk ke sekolah. Bulan Februari pula Chinese New Year - kongxi Fatt Chai semua, dan sambutan Ramadhan Kareem.
Kak J, faham sangat, memang kita akan terkesan sedikit dengan perbelanjaan, Baiklah, di sinilah kak J nak kongsikan “Raya Cantik Tak Semestinya Berhutang…”.
Bagi kak J sendiri, gaji sebulan sekali manakala perbelanjaan setiap masa. dan inilah yang perlu kita jagai. Perbelanjaan tetap kita guna namun ianya terkawal, supaya tidak berlaku defisit. Semua ini membawa tekanan social yang cukup memenatkan.
Untuk bulan Ramadhan, kawan-kawan cuma belanja, beli yang perlu bukan ikut hati. Contohnya di baz`aar Ramadhan, kita cuma cari kuih atau makanan siap yang betul- betul sesuai untuk berbuka hinggalah sahur nanti. Kak J yakin RM30-35 pun dah cukup.
Baliknya, tanak nasi dan masak yang simple sahaja contohnya, goreng ayam ke atau, telur atau, salad. itupun dah cukup dan penuh dengan rasa kesyukuran.
Kak J sendiri, jarang beli air yang dijual, selalunya kak J sediakan sendiri di rumah, cukup jimat. Tapi kalua kita teringin tak salah cuma berhati2 membeli dari membazir.
ok, baru kita masuk bab “Raya Cantik Tak Semestinya Berhutang…”
i- Cantik Versi Kemampuan
Bagi diri kak J sendiri, baju lama, shawl dan kasut yang masih Nampak baru dan boleh digayakan untuk Eidul Fitri. Kak J dan suami cuba sedaya untuk guna yang terpakai tapi masih baru, dan sesuai dengan tema warna untuk keluarga kita. Biarlah anak-anak kak J dengan gaya baru EidulFitri. Sebabnya saiz mereka sentiasa berubah dari segi ketingian.
Namun kalau tema warna yang sesuai, Harga yang berpatutan, tak salah untuk membeli ya.
Tips yang boleh digunakan, belilah awal Waktu, yang sebelum tibanya Waktu musim yang kemuncak. Jika dibandingkan, harganya lebih selesa berbanding Waktu kemuncak di musim perayaan. Hati akan jadi lebih baru. So selamatkan belanjawan untuk dompet anda.
ii - Raya Yang Sederhana = Raya Yang Tenang
Bagi kak J Konsep Raya sederhana = raya Yang Tenang, perlu dididik lebih awal khususnya untuk anak-anak kita yang masih kecil. Nak Cantik tapi cantik untuk mata memandag cantik juga untuk membayarnya. Untuk keluarga kak J yang bersaiz B40 ni, budget RM100 - RM150 dah cukup.
Bagi mak bapak ni sekadarnya, jika pakaian (baju, shwal atau tudung dan kasut) lama masih kelihatan baru, apa salahnya guna kembali. Malah pakain ini boleh diguna pakai semula untuk tugasan rasi di pejabat.
Gwaenchanayo!!! Jimat sangat!
So, kita jadikan raya tahun ini penuh berkat dan ketengan untuk keluarga kita, Insya Allah.
الراحة ليست في كثرة المال، بل في طمأنينة القلب
Ar-rāḥatu laysat fī kathratil-māl, bal fī ṭuma’nīnatil-qalb
👉maksudnya : Ketenangan bukan pada banyak harta, tapi pada tenangnya hati.
Doa Kak J untuk semua :-
"Ya Allah, kami semua hamba Mu yang terlalu lemah, kami semua sentiasa gagal dalam memilih. Oleh itu kami semua serahkan segala pilihan kepada Mu untuk Kamu uruskan segala-galanya dalam Pentadbiran MU< dan Kami semua yakin tidak akan rugi di Bawah pentadbiran Mu itu.
Ya Allah, banyakkan segala rezeki kami dan Cukupkanlah Segala-galanya kepada kami semua. Lapangkanlah hati kami dari kesempitan hutang.
Jika kami dibebani hutang maka Kamu bantulah kami untuk melunaskannya, Ampunilah dosa kami semua. Sesungguhnya dosa itu penghenti rezeki. Dan Hanya Kamu SAHAJALAH mampu pengampuni atas apa jua kesalahan dan dosa kami ini"
Aamiiin, Aamiiin, Aamiiin Ya Robbal Aalamiin.
📲 Jemput singgah ke platform Kak J!
👉🏼 https://www.youtube.com/@awrakakj6281
👉🏼 https://www.buymeacoffee.com/kakj
👉🏼 http://bebaskan-kewangan-anda.blogspot.com
👉🏼 https://www.reddit.com/user/awra_kakJ6281/
👉🏼 https://www.tiktok.com/@najihahmansor?_t=ZS-8xW0U6WzxgN&_r=1
👉🏼 https://collshp.com/jcshah?share_channel_code=1&view=storefront
👉🏼 http://shopee.com.my/jcshah - reference kak J - XFM5JE9
👉🏼 https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb - reference kak J - qStEPV
✨ Jika video ini menyentuh hati anda:
👉 Tekan LIKE
👉 SUBSCRIBE untuk majlis ilmu kecil yang konsisten
👉 Kongsikan dengan orang yang sedang perlukan kekuatan & doa
Jumpa lagi untuk tajuk seterusnya “Bila Kita Jaga Duit, Allah Jaga Hidup Kita” -
Salam Magnet Rezeki Part 143
https://app.shopback.com/iWhseH3pdUb Rezeki Bukan Hanya Duit Rezeki bukan sekadar wang — ia termasuk ketenangan, kesihatan, masa, kasih sayang, dan ilham yang bermanfaat. Ramai mencari rezeki melalui jalan yang susah, tetapi lupa bahawa rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia . Artikel ini mengajak pembaca kembali kepada sumber utama rezeki — iaitu hubungan dengan Allah melalui doa yang benar. 1. Doa Itu Magnet Rezeki Dalil: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah): Sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku...” (Surah Al-Baqarah: 186) Bila hati yakin, lidah tulus, dan amalan diselarikan dengan iman, doa itu bukan hanya permintaan — ia magnet rezeki yang membuka pintu-pintu langit . Rezeki datang dari arah yang tak disangka (rujuk Surah At-Talaq: 2-3). 💖 2. Urus Doa Seperti Kita Urus Bisnes Ramai orang berdoa ...
Ulasan
Catat Ulasan